YOUR COMMUNITY PARTNER

YOUR VOICE, OUR ACTION

Visit our PPP blog
http://voiceofcommunity.blogspot.com

Tuesday, May 20, 2008

Berkerjasama dan Bersuara Bersama Rakyat

Wakil rakyat nampaknya lebih cenderung untuk mencari kelemahan pihak lawan yang kecil dan remeh temeh untuk mendapat perhatian dan buat hiburan penonton, bukan memberi imput yang berguna dan berkesan untuk negara dan rakyat. Mereka sekadar ingin menonjol diri sendiri tetapi tidak sedar yang mereka hanya membazirkan masa parlimen yang amat berharga sehingga perkara yang betul2 penting dan patut dibincang diketepikan dan dilupa. Adakah ini helah mereka untuk mengelirukan rakyat yang menaruh harapan kepada ahli parlimen untuk bersuara dan mewakili kita semua. Saya amat tidak berpuas hati melihat tingkah laku mereka.

Jangan guna masa dalam parlimen untuk membela diri sendiri tapi untuk membela rakyat dan negara. Kalau hanya ahli yang baru yang buat hal tak apa tapi veteran seperti Karpal Singh, Ibrahim Ali dll juga sudah lupa tugas dan tanggung jawap mereka.

Sepatutnya mereka bincang hal penting seperti bekalan makanan negara dan adakah stockpile negara benar wujud. Adakah monopoli import beras yang dipegang oleh Bernas yang sekarang adalah sebuah syarikat public listed patut dihapuskan. Adakah subsidi disel menguntungkan nelayan atau orang tengah yang menguasai Nekmat. Apakah cara berkesan untuk meringankan beban rakyat dan juga kerajaan dalam masa harga barang sedang naik secara mendadak. tolong beri cadangan dan bincang bersama kerajaan dan pembangkang, jangan dok tungu pak Lah buat perancangan dah tu pakat bantai ramai 2 supaya timbul keadaan huru hara.

Tiba masa semua wakil rakyat berkerjasama untuk kebaikan semua barulah mereka layak digelar yang berhormat.

No comments: